PENGUMUMAN!!!

PENGUMUMAN!
PENGUMUMAN!
PENGUMUMAN!

SEGALA PERTANYAAN SILA WHATSAPP KE NOMBOR BAHARU 011-26260943.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Wednesday, July 22, 2009

HAMPER RAYA 2009 HADIAH PROMOSI






Salam sejahtera semua,
Sedar tak sedar bulan puasa makin hampir, maka kita akan merayakan Hari Raya Aidilfitri sekali lagi. Syukur alhamdulillah & insyaallah kita masih ada di sini untuk merayakannya sekali lagi dengan family tercinta. Masa saya kerja makan gaji dahulu dah mula kecoh-kecoh persiapan Raya walaupun belum masuk bulan Ramadhan lagi... He3 maklumlah siapa yang tak suka rayakan! Dapat cuti panjang,... shopping,... bonus Raya,...ziarah- menziarahi,... untung lagi siapa yang dapat hamper Raya!

Nurgift4u di sini ada menyediakan tempahan untuk hamper Raya 2009 bagi semua yang ingin menghadiahkan pada teman istimewa, rakan seperjuangan, rakan niaga, bos2, tauke2, ibubapa, mahupun untuk di bawa pulang ke kampung halaman sebagai tanda terima kasih anda kepada mereka. Maklumlah, kadang-kadang dengan ucapan kata terima kasih sahaja tidak mencukupi tanpa didatangi dengan buah tangan yang menarik.... :) Akan di jadikan kenang-kenangan & ingatan sepanjang hayat.

Hamper Nurgift4u sediakan ini masih mempunyai ciri2 tradisional & kemelayuan, itukan dah menjadi tradisi & 'trademark' masyarakat Melayu walaupun umumnya kita tahu semua bangsa menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri ini. Kalau anda mahukan rasa biskut & kek homemade & bukan rasa 'kilang' di sinilah anda boleh perolehi. Harganya sangatlah berpatutan dengan kualiti bekas hamper yang di sediakan antaranya diperbuat daripada buluh & rotan yang unik serta boleh diguna pakai. Akan datang Nurgift4u akan menambah beberapa lagi option hamper untuk pilihan anda nanti...!


HAMPER-HAMPER HARI RAYA AIDILFITRI 2009
SALAM LEMBARAN UNTUK SEMUA TANDA INGATAN





BINGKISAN SUCI RM28 (***DOORGIFT***)

Pakej hamper ini sesuai untuk di jadikan sebagai doorgift untuk tetamu di majlis-majlis. Bekas hamper yang kemas dari material kayu & board keras kelihatan kemas bersama cetakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI di permukaannya. Di dalam pakej hamper ini terdapat 1 kotak kecil biskut & 1 kotak kecil kurma tanda ingatan kepada tetamu untuk di bawa pulang. Hanya berharga RM30.00 sahaja.


******************************************







SONGKET AIDILFITRI RM70

Kotak diperbuat daripada kayu berkualiti ini 'exclusive' dengan perhiasan kain songket menunjukkan kemewahannya. Bingkisan yang simple tetapi mampu mengekalkan ciri-ciri 'exclusive' sesuai untuk di hadiahkan kepada rakan korporat mahupun pekerja2 yang setia bersama anda. Berharga RM70 (4 item) mempunyai 2 jenis biskut tradisi & moden, kurma berserta buah apricot. (stok bekas telah habis)




BINGKISAN SALAM RM80

'Bingkisan Salam' didatangi dengan kotak yang dianyam daripada buluh. Bingkisan ini mempunyai 2 jenis biskut, coklat berjenama, kek pilihan & cenderahati tanda ingatan hanya RM80 (5 item) sahaja...





NUR KASIH RM80 (untuk kekasih)


Pakej ini direka khas istimewa untuk di hadiahkan buat kekasih hati. Cuma RM80 (7 item) sahaja hamper yang comel & menarik ini berserta 3 jenis biskut, coklat berjenama, 'Scented Candle' untuk ketenangan, 'Ros Design Mug' untuk kegunaan harian buat tersayang & 'Little Teddy Bear' (PERCUMA) tanda ingatan selamanya. Tentunya pakej ini buat si dia ingat selalu!
(*Sejambak bunga segar sebagai tambahan mengikut tempahan)







SESUCI LEMBARAN RM120.00

Nama yang menarik lambang keikhlasan hati anda kepada si penerima. Dengan RM120 (6 item) anda bakal menerima 3 jenis biskut, 1 kuih tradisi, 'Sparkling Juice' & cenderahati!







NYAMAN FITRI RM120


Bekas hamper yang juga boleh dijadikan beg tangan wanita atau tempat menyimpan aksesori diperbuat daripada anyaman buluh ini sangat unik. 'Anyaman Citra' ini disertakan 3 jenis biskut, 1 kuih tradisi, kek pilihan & cenderahati cuma RM120 (6 item) sahaja...







SANGKAR ZAHIRKU RM170


'Sangkar Zahirku' mengeratkan silaturahim tentunya menjadi ingatan selalu. Bekas sangkar & hiasan yang kreatif menarik mata yang memandang. Mempunyai 3 jenis biskut, kek pilihan, 1 kuih tradisi, coklat berjenama, kurma & apricot kering serta cenderahati kaca kristal berharga RM170 (8 item) sahaja!



SEBAKUL SINAR RM220

Sangat sesuai untuk di hadiahkan kepada rakan korporat. Bakul yang dihiasi keemasan ini berharga RM220 (11 item) sahaja dilengkapi dengan 3 jenis biskut, kek pilihan, 2 kuih tradisi, kurma & buah apricot, coklat berjenama, 'Sparkling Juice' & cenderahati kaca kristal. Bekasnya juga boleh dijadikan tempat bakul simpanan makanan untuk di bawa pulang ke kampung...







KARUN ABADI RM250

Sangat Tentunya pilihan ini menjadi satu keunikan yang tidak dapat dilupakan oleh sipenerima. 'Karun Abadi' ini mempunyai 5 jenis biskut, kek pilihan, 2 kuih tradisi, coklat berjenama, kurma & buah apricot, 'Sparkling Juice' & cenderahati kaca kristal serta alas meja satin berharga RM250 (14 item). Bekasnya hamper karun ini boleh dijadikan perhiasan rumah& tempat simpanan barangan kesayangan. Pakej ini tentunya menjadi kepuasan penerima!





NUFAIL ILHAM RM300

Pakej hamper ini tentunya memberikan kepuasan maksimum dengan kuantiti di dalam hamper. Terdapat 14 item iaitu 6 jenis biskut, 2 jenis kuih tradisi, kek, kurma 'Sunsweet', aprikot kering, chocolate, cenderahati alas meja satin/ alas meja corak English Rose termasuk kotak rehal. Keunikannya bekas hamper ini merupakan rehal kayu yang cantik dengan ukiran yang simple bersama tempat menyimpan Al-Quran. Apabila tempat rehal ditegakkan seola-olah bentuk sayap rama2. Setiap bekas biskut daripada bekas kaca yang mempunyai corak 'Engkish Rose Print'. Pakej hamper yang sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada VVIP/VIP ini cuma berharga RM300 sahaja digubah dengan menggunakan GOLD ROSE & Kristal menonjolkan lagi kemewahannya!





PERMATA SYAWAL RM500

Pakej hamper ini tentunya memberikan kepuasan maksimum dengan kuantiti di dalam hamper. Terdapat 20 item iaitu 6 jenis biskut berserta 6 balang biskut, kek, kurma, aprikot kering didalam bekas kristal, jus kordial, chocolate berjenama, cenderahati alas meja. Keunikannya bekas hamper ini merupakan bakul 'picnic' yang boleh digunakan semula. Pakej hamper yang sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada VVIP/VIP ini cuma berharga RM500 menonjolkan lagi nilai istimewanya!












***************************************************************************** PROMOSI MENARIK!!!
TEMPAH 10 SET PAKEJ HAMPER BERHARGA RM200 KEATAS ANDA AKAN MENERIMA HADIAH PERCUMA BARANGAN PORSELIN UNTUK ANDA!!! (*selagi stok masih ada)



CENDERAHATI TAMBAHAN
Anda juga boleh memilih Set TeaCup yang cantik ini didatangi bersama kotak yang menarik sebagai cenderahati tambahan dengan hanya RM50 sahaja.

















******************************************************************************






MENU-MENU PILIHAN HAMPER

PILIHAN BISKUT

Biskut Kacang Hijau, Biskut Chocolate ChipS, Biskut Butterscotch, Nut Biskut Tart Nenas, Tart Mangga, Biskut Almond London, Biskut Cornflakes Madu, Biskut Oat, Biskut Jejari Badan, Biskut Mama Carrie & byk lagi!




Tart Nenas, Jejari Badam, Chocolate Chips
(nantikan contoh biskut yang lain)




PILIHAN KUIH TRADISI

Rempeyek, Kuih Bangkit, Kuih Cakar Ayam, Kuih Kapit, Bahulu, Karipap Kecil, Kerepek Ubi Masin, Kerepek Ubi Pedas & byk lagi!




Rempeyek, Kuih Bangkit, Cakar Ayam



PILIHAN KEK ISTIMEWA


Butter Cake, Rainbow Butter Caker, Chocolate Brownies, Chocolate Moist Cake, Carrot Cake, Lemon Cake.


Harap teman-teman, Puan, Tuan, Cik, Encik, Dato, Datin berpuashati dengan 'presentation' saya ini & dapat memberi sokongan kepada saya. Pemilihan bekas hamper ini saya pilih bukan saja sebagai bekas hamper semata, tetapi saya mahukan ia dapat digunakan untuk kegunaan lain juga. Sekiranya ada pertanyaan atau tempahan boleh hubungi saya sahaja, terima kasih...:)




TARIKH TUTUP TEMPAHAN
1HB SEPTEMBER 2009







Terma & syarat :-

* Setiap hamper akan di datangi dengan Kad Hari Raya Aidilfitri yang menarik tertera nama anda.
* Anda juga boleh membuat pilihan bunga hiasan ROS (English Style) ataupun Orkid (Tropical Style) serta warna tema.

* Rekaan bakul mungkin sedikit berubah mengikut stok tetapi konsep & kuantiti tetap sama.
* PENGHANTARAN PERCUMA! Untuk atas RM80 sekitar Lembah Klang, Putrajaya, Shah Alam & Bangi & kawasan berhampiran dengannya.
* Bayaran pendahuluan sebanyak 50% daripada jumlah tempahan perlu dibuat sebagai bukti tempahan & baki setelah/ semasa penghantaran di lakukan.
* Bayaran boleh dibuat melalui bank in ke akaun Maybank atau boleh membuat transaksi terus menggunakan Maybank2u.com. Sila sms untuk mengesahkan pesanan & keterangan no akaun.







UNTUK TEMPAHAN HUBUNGI ELLY 0122373556




EMAIL:- nurgift4u@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails