PENGUMUMAN!!!

PENGUMUMAN!
PENGUMUMAN!
PENGUMUMAN!

SEGALA PERTANYAAN SILA WHATSAPP KE NOMBOR BAHARU 011-26260943.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Sunday, July 19, 2009

RESEPI & KATERING

Sharing is caring, bolehla kit atukar2 resepi & cari idea2 apa nak masak ni. Selalu makan kat luar pun x puas rasanya. Sesiapa yang nak resepi di atas atau nak mengorder katering homemade sila lah hubungi.... Nantikan resepi bonda....

RESEPI MASAKAN KAMPUNG


1) KETAM MASAk LEMAK KUNING



Kalau nak sedap kuahnye kena pakai kunyit hidup kalau serbuk tu kira gred B la... kah3



2) LALA TAUCHU HALIA



Lala ni makan panas2 fresh alamak... best nye!



3) KANGKUNG BELACAN POWER




4) TAUGEH TAUHU SONATA (CEEEWAH!!!)




5) AGAR2 GULA MERAH SUSU



Agar2 ni do order oleh cikgu2 Sek Sri Petaling 3 dulang besar tuh... wat makan2 kat sekolah




RESEPI MASAKAN NYONYA


Alamak... resepi masakan baba nyonya sy masak baru2 ni..... MELETUP!!! Siap tambah2 lagi 'Finger Licking Good'. Ni semua pasal tengok program TV3 'Nikmatnya M'sia' dgn biskut Munchies tu cite pasal bandar Melaka. Ajak hubby ke sana busy. Jadi elly pun lepas geram la masak baba & nyonya pun jadilah! Memang sy gemar makan chinese food with malay twist ni... Asam pedasnye memang KAW & WANGI (angkat bakul lah pulak!) & Ayam Pong Teh memang sesuai sesiapa yang nak ubah selera lain dari yang lain... Nyam! Nyam! Sesiapa yang teringinkan rasa makanan Baba & Nyonya ni blh hubungi. Gurentee HALAL!!!


1) Ayam Pong Teh a.k.a Chicken with Soy Beans Sauce






2) Asam Fish Nyonya
a.k.a Asam Pedas



Asam pedas ni Elly makan dgn hubby siap mangkuk sorang satu... nak hirup kuah dia. Hubby pulak siap ratah bunga kantan & serai lagik. Hebat!


3) Garlic Pak Choy



Elly kalau masak sayur memang x pakai gula & garam sebab soya sauce dia memang dah mengeluarkan rasa yang best. Pastu syur pulak mesti bila makan rangup... barulah kekal vitamin yang ada.

PETUA-PETUA

RAHSIA NENEK KITA

Saja je nak berkongsi petua, manalah tahu boleh digunakan walaupun kita hidup dalam zaman moden ni jangan lupa yang lama.... Slamat membaca!


1) cuba letakkan satu keping potongan kulit nanas pada tiap-tiap tingkat didalam peti

sejuk.bau yang tidak sedap akan hilang kerana diserap oleh kepingan nanas itu.


2) campurkan beberapa keratan akar pandan dengan daging yang hendak dimasak.

Daging akan cepat empuk dan jimat masa.


3) empukkan tulang ayam tua atau daging ialah rebus dengan beberapa helai daun

nangka.


4) masukkan beberapa keping tempurung kelapa tua kedalam masakan daging.

Potong besar-besar dan bersihkan. Daging cepat empuk dan sedap dimakan.


5) untuk melicinkan muka ambil tepung pulut dan campurkan sedikit air. Uli seperti

doh, lumur dan gosok pada muka. Buat seminggu sekali. Insya-Allah hasilnya

pasti memuaskan.


6) harumkan peti sejuk. Ambil sebotol esen vanilla, letakkan sedikit dalam bekas kecil

dan simpan sekali didalam peti sejuk anda. Insya-Allah akan berbau harum dan

menyegarkan.


7) hindari lepas. Masukkan daun pandan ke dalam almari makanan atau pakaian.

Insya-Allah lipas tidak berani dekat.


8) untuk mengekalkan kecantikan wajah ambil tawas yang licin permukaannya.

Gosok ke seluruh wajah setiap kali habis mandi. Lakukan secara teratur baik pagi

mahupun malam.


9) apabila tersiram air mendidih, gosoklah dengan air sabun perlahan-lahan secara

terus menerus.


10) hilangkan bau badan dengan menumbuk 7 helai daun limau itu sampai halus, lalu

bulat-bulatkan dengan madu secukupnya. Makanlah 3 kali sehari.


11) sebelum digosok baju sutera masukan ke dalam peti sejuk dan biarkan

semalaman. Insya-Allah baju anda akan kelihatan baru dan berseri.


12) hindarkan kelkatu di rumah terutama di lampu kalimantang dengan

menggantungkan beberapa tangkai cili kering di lampu tersebut.


13) untuk mencegah nyamuk, hancurkan beberapa helai daun limau yang masih hijau

kemudian masukkan ke dalam bekas atau pinggan dan letakkannya di tempat yang

banyak nyamuk bersembunyi.


14) batu tumbuk yang baru di beli tentu berpasir bila menggunakannya. Untuk

menghilangkannya tumbuk dahulu dengan hampas kelapa kemudian basuh.


15) ambil 1 ketul arang batu, bungkus dengan perca kain dan masukkan dalam peti

sejuk ia tidak akan berbau lagi.


16) ikan kering yang terlalu masin tidak enak di makan. Untuk mengurangkannya,

rendamkan ke dalam air kelapa selama minit. Insya-Allah rasa terlalu masin pada

ikan akan hilang.


17) cara mengekalkan kesegaran ikan, siang ikan tetapi jangan dicuci sebaiknya

masukkan ke dalam beg plastik dan simpan didalam peti sejuk. Ikan akan tetap

segar walaupun lebih semiggu.


18) kunyit selain digunakan sebagai perasa ia juga dapat menyembuhkan sakit ketika

diserang angin senggugut. Caranya makan mentah sebagai ulam ketika makan

nasi.


19) jika inginkan biji cili hancur ketika di mesin, masukkan 1 sudu kecil minyak

masak. Insya-Allah anda akan dapati tiada yang tinggal, semuanya akan menjadi

halus dan hancur.


20) perabot rotan selalu berhabuk dan kelihatan pudar. Untuk mengilatkan kembali

cuci menggunakan minyak kelapa.


21) bila ada kenduri kahwin selalunya ada hantaran buah-buahan. Untuk kelihatan

segar, cuci buah-buahan tersebut dengan minyak kelapa kemudian renjiskan

dengan air.


22) bagi mengelakkan gelas pecah sewaktu menuang air panas, letakkan tuala basah

dibawahnya.


23) cara menghilangkan keputihan ialah memakan kuntum bunga siantan (menjarum)

bersama dengan daun sireh. Sebagai ulam pula makanlah kuntum bunga inai

putih. Amalkan setiap hati.


24) untuk menyegarkan sayur, balut dengan kertas putih sehingga tidak nampak

kemudian balut dengan kertas plastik. Insya-Allah sayur akan tetap segar.


25) jika anda tercucuk duri, untuk menghilangkannya ambil getah betik dan sapukan

ke tempat yang tertusuk. Insya-Allah akan sembuh dan duri akan keluar dengan

sendirinya.


26) semut boleh dihalau daripada makanan. Caranya bakar kulit telur hingga menjadi

abu. Taburkan abu kulit telur ditempat yang selalu semut kerumuni dan

disarangnya.

27) bunga kain mudah berdebu dan warnanya mudah luntur. Untuk mengatasinya

ambil lotion dan sapukan pada tiap-tiap kelopak bunga tersebut.


28) jika masakan anda termasin, matikan apinya dan kemudian basuh tudung periuk

tadi. Tutupkan kembali tanpa dikeringkan. Insya-Allah rasa masin tadi akan hilang

dengan sendirinya.


29) ambil 2 biji pinang tua kemudian keringkan. Bakar hingga jadi arang. Gosokkan

pada gigi sampai bersih, biarkan satu minit. Cuci dengan air bersih dan gigi akan

kelihatan putih.


30) tangan pijar terkena cili, jangan basuh. Sapukan tempat yang pijar dengan minyak

masak. Insya-Allah rasa pijar hilang.


31) rendam semalaman barang kemas dengan 3 sudu serbuk teh bercampur dengan 1

cawan air panas. Kemudian cuci barang kemas seperti biasa.


32) sebelum udang dan ketam dimasak, hendaklah terlebih dahulu direbus dengan

sedikit arang kayu yang bersih dalam sebuah periuk yang sama. Ini akan

mengelakkan dari terkena keracunan.


33) sapukan bedak serbuk di kawasan yang terkena kari atau sambal. Biarkan lebih

kurang 20 minit dan selepas itu rendam dan cuci seperti biasa. Kotoran pada

pakaian akan hilang.


34) bibir atau lidah pecah akibat tergigit, ambil getah pokok sena yang bewarna merah

dan sapukan ketempat yang pecah. Insya-Allah dalam masa 2 hari luka akan

sembuh.

35) haus dan bibir pecah? Ambil segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam

kampung. Campurkan kedua-duanya dan kacau sehingga rata. Selepas itu

minumlah ketka cuaca panas.


36) benjol tu bengkak akibat tejatuh. Ambil asam jawa dan campurkan dengan garam dan sedikit air. Selepas itu sapukan ke tempat berkenaan.


37) tuang ¾­ air suam dalam gelas. Masukkan 1 sudu madu lebah dan juga air perahan

limau. Minumlah setiap pagi dan malam. Insya-Allah dalam satu minggu batuk

akan hilang.


38) ambil hampas kelapa dan lumurkan ke seluruh badan. Biarkan 45 minit sebelum

dibilas dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu. Bau badan akan hilang.


39) hilangkan bau hanyir ayam. Setelah ayam dipotong, gaulkan dengan tepung

gandum dan perap beberapa minit. Kemudian cuci sekali lagi. Lemak ayam akan

keluar dan tiada hanyir.


40) untuk mengatasi gunting tumpul gosok-gosokkan mata gunting pada leher botol,

seperti sedang mengguntingnya. Ulang beberapa kali sehingga tajam.


41) ambil kapur sireh dan tamppalkan ke tempat yang terkena minyak panas. Kulit

akan menjadi sejuk dan tidak bengkak.


42) air basuhan beras janganlah dibuang. Ia bolehdigunakan untuk menyuburkan dan

mempercepatkan pengeluaran pokok bunga. Siramlah pokok bunga dengan air

siraman beras.


42) biasanya periuk kukusan baru akan meninggalkan kesan apabila digunakan.ambil

beberapa keping asam gelugur, masukkan ke dalam air rebusan, periuk akan

sentiasa putih.


43) agar muka kelihatan sentiasa bersih dan cerah, ambil putih telur dan sapukan ke

muka selama 30 minit. Setelah itu cuci dengan air biasa. Lakukan 3 kali

seminggu.


44) ambil sehelai kertas surat khabar, lipat dan gosokkan pada cermin. Lihatlah

hasilnya. Anda tidak perlu gumakan air atau kain basah.


45) untuk menghindarkan semut, letakkan beberapa tangkai cili kering di celah-celah

kabinet dapur terutama ditempat gula dan susu.


46) untuk menghilangkan demam panas. Ambil 1-2 biji bawang jantan (dikupas) dan

campurkan dengan sesudu cuka. Campurkan bahan itu ke dalam sedikit air. Jaram

di kepala anak dengan tuala.


47) wapkan muka pada asap nasi yang tengah mendidih dari periuk selama 20 minit, 2

atau 3 kali seminggu. Insya-Allah muka licin dan dan terhindar dari tompok-

tompok putih.


48) ambil sedikit kanji nasi, sejukkan. Sapukan pada jerawat biarkan kering dan

tegang dimuka. Cuci bersih dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat

kurang.


49) tahukah anda, bawang putih berkhasiat mencegah pelbagai penyakit. Oleh itu

biasakan makan bawang putih sama ada dimakan begitu saja atau dibuat ulam.


50) hilangkan getah keladi di tangan. Gosok anak lesung ke jari atau tangan yang

terkena getah keladi sambil mencucur air ke atasnya. Getah akan hilang.


51) Ambil abu ubat nyamuk bancuh dgn air. Sapukan ketuat setiap hari. Dalam

beberapa ari ketuau akan hilang.


52) Menyiang nagka getah yang melekat pada pisau akan jadi hitam & kotor.

Lumurkan minyak pada pisau dan bakar atas api. Kemudian lap dgn suratkhabar.


53) Apabila anda memakai kasut baru bahagian kaki melecet, jadi sapukan dulu lilin

hingga rata.


54) Elak keju drp berkulat. Bungkus padat keju tersebut dgn kain yg telah

dilembabkan dgn air garam.


55) Elakkan cermin muka kabr, ambil sebiji ubi kentang. Belah dua dan gosokkan pd

bahagian permukaan cermin.


56) Selepas rambut di syampu, bilas dengan air. Ambil limau nipis urut pd rambut dan

biarkan 5-10 minit. Kemudian cuci dengan air kelemumur akan hilang, rambut

bersinar.


57) Tumbuk arang hingga lumat. Kemudian bungkus dlm kain. Basahkan punjut

arang tadi sebelum mencuci alatan kaca. Kaca akan jadi berkilat.


58) Ambil daun durian belanda dan letakkan dlm almari pakaian atau makanan. Tikus

tdk akan berani dekat kerana tercium bau daun.


59) Jimatkan belanja, ambil sedikit ubat gigi sapukan pada barang kemas dgn sedikit

air. Gosok menggunakan berus gigi barang kemas akan berkilat.


60) Memilih kelapa isi tebal. Pilih kelapa yg agak bujur seperti telur ayam atau

tempurung jantannya agak lonjong ke hadapan.


61) Untuk mengelakkan tauge dr cepat layu rendamkan dalam perahan air limau nipis.

Bagi kila 1 kilo tauge gunakan 1 ½ biji limau nipis. Air sama banyak dgn tauge.

Tahan sehingga2-3 hari.


62) cawan yang mempunyai karat teh kehitaman boleh dikurangkan dengan mudah.

Ambil sepotong limau nipis dan gosok ke dalam cawan kotor tersebut.


63) untuk membersihkan botol kaca atau botol minuman, ambil air kelapa masukkan

ke dalam botol sehingga penuh. Biarkan semalaman. Esoknya bersihkan botol itu.


64) apabila luka akibat terkena pisau dan mengalami pendarahan yang lama, cuba

siramkan minyak tanah pada luka itu. Darah akan terhenti dan tidak akan terasa

pedih lagi.


65) ambil asam jawa ramas dengan secawan santan lalu ditapis. Kemudian basahkan

kepala dengan air asam itu lalu bungkus. Biar serap dan basuh, rambut akan jadi

lembut.


66) ambil satu sudu besar garam dan masukkan ke dalam besen berisi air. Kacau

hingga hancur. Kemudian pejam celikkan mata anda dalam air tersebut. Insya-

Allah rasa gatal di mata akan hilang.


67) tumbuk sebikit kunyit hidup dan bawang puth serta garam. Lumurkan rata-rata

pada ikan dan perap untuk beberapa minit. Cubalah, anda pasti menggmari rasa

enak ikan goreng tersebut.


68) hampas kelapa yang sudah tidak digunakan jangan dibuang merata-rata. Tetapi

tampalkan pada pangkal pokok limau krisik, pokok jambu atau pokok cili. Selain

subur, pokok atau berbuah selalu.


69) rendam beberapa keping roti didalam air, biarkan seketika. Kemudian gaulkan roti

tersebut dengan tepung. Hasilnya jemput-jemput menjadi sangat lembut dan enak

rasanya.


70) untuk hilangkan pahit ulam ambil 3 atau 4 helai daun keduduk. Basuh bersih dan

rebuslah bersama ulam tadi. Sudah masak, keluarkan daun keduduk itu.


71) ramai suri rumah mengeluh kerana daging yang mereka masak liat. Ketika

merebus daging masukkan satu cawan air kelapa ke dalam air rebusan. Jika tiada

air kelapa masukkan sudu.


72) untuk menyembuhkan ruam panas bayi, gunakan kanji nasi. Masak nasi menjadi

bubur. Ambil sedikit dan taruh ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar

kanjinya dan sapukan pada ruam.


73) buah-buahan yang dikupas berubah warna ketika dihidangkan. Cara

mengatasinya, celupkan potongan buah-buahan itu ke dalam air limau nipis.


74) anda dapat mengilatkan perkakas-perkakas di bilik mandi menggunakan minyak

tanah. Selain murah, cara ini sangat berkesan kerana semua kotoran mudah

dibersihkan.


75) garam yang lembab tentu menjejaskan mutunya. Bungkuslah sebaik mungkin

bekas garam dengan menggunakan kertas aluminium secukupnya agar udara tidak

meresap masuk.


76) bawang putih dan ikan laut meninggalkan bau tidak enak pada pisau yang

digunakan. Untuk menghilangkan bau tersebut gosoklah pisau dengan belahan

limau nipis.


77) di dalam cerek teh terdapat mendapan kapur, untuk menghilangkannya, isi cerek

cerek tersebut dengan air dan cuka dalam sukatan yang sama. Lalu didihkan

ramuan campuran ini dan biarkan.


78) jika anda sering sakit kepala, ambil beberapa helai daun sireh. Ramas-ramaskan

ke dalam mangkuk yang berisi air. Kemudian basahkan kepala dengan air dan

daun sireh.


79) sekiranya anda mempunyai banyak buah limau nipis, anda boleh menyimpannya

walaupun sehingga sebulan. Caranya, gali lubang dan tanam buah-buahan limau

tadi. Siram setiap hari.


80) bunga cengkih boleh digunakan untuk mrnjauhkan semut daripada makanan manis. Ambil beberapa kuntum cengkih dan letak di sekeliling makanan itu.


81) Untuk mengatasi kulit udang dr berbau, siramkan dengan air panas. Kemudian barulah di bungkus dan dibuan. Selain tdk berbau menghindari daripada lalat.


82) Menghindarkan jerawat petuanya ialah membasuh muka 2 hingga 3 kali seminggu dengan air kelapa tua. Pastikan muka kering dahulu. Kemudian cuci dengan air bersih.


83) Supaya cili kisar tahan lama, rendam dlm air sejuk semalaman. Kisar cili tersebut, rebus bersama minyak masak hingga kering. Apabila sejuk masukkan cili kisar ke dalam bekas kedap udara.


TEMPAHAN DADIH UNTUK SEMUA!!!

11hb yang lepas tugas Elly menyiapkan tempahan dadih yang di tempah oleh Kak Ani Tailor & Kak Nor sempena kenduri aqikah cucunya yang dah berlari tu... he3... dalam 300pcs cup dadih yang di tempah. Macam2 flavour yang boleh anda pilih antaranya vanilla (kegemaranku), anggur, orange, mangga, kiwi, jagung, strawbery, & honeydew. Dadih ni boleh tahan sehingga 1minggu dengan syarat anda simpan dalam peti ais/ais box/a.k.a fridge... Jadi kalau buat tempahan anda boleh simpan untuk makan esok harinya. Dadih ni memang kegemaran ramai budak2, kakak2, abang2 semua golongan mengemarinya sebab rasanya 'simple & just nice' memang sesuai untuk apa2 saja jenis meraian, perayaan, sambutan & kenduri...

Untuk Kak ani sekeluarga terima kasih banyak2...



Ni contoh cup yang cute... dari atas perisa strawbery, vanilla, grape & honeydew.


Penuh kotak besar ni untu tempahan kak ani.


Tempahan ni boleh buat seawal yang mungkin & untuk 50pcs ke atas sahaja. 50-100 harganya cuma 70sen = 1 pcs & untuk 101- keats 50sen = 1pcs.... Hubungi 0122373556 segara!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails