PENGUMUMAN!!!

PENGUMUMAN!
PENGUMUMAN!
PENGUMUMAN!

SEGALA PERTANYAAN SILA WHATSAPP KE NOMBOR BAHARU 011-26260943.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Wednesday, July 8, 2009

HANTARAN PERKAHWINAN

Sudah tentunya menjadi Raja Sehari adalah impian setiap insan dan pastinya pada hari instimewa tersebut kita nak semuanya perfect. Pengalaman saya sebagai bakal pengantin & menjadi pengantin memang excited. Dan kadang kala fikiran kita boleh jai blank dek kerana banyaknye senarai & persiapan yang perlu dilakukan. Perancangan awal memang sangat penting bagi mengelakkan ada perkara-perkara yang tertinggal...

Sebagai contoh semasa saya sendiri menjadi pengantin semua benda kononnya nak dibuat sendiri, yang itu, yang ini....akhirnya hantaran semua mengambil masa siap saat-saat akhir. Nasib baik tak kena heart attact. Jangan salah faham disini... masa itu saya berkerja & jadi pengantin tau... so kelam-kabut la termasuk rasa debar nak jadi isteri orang! Kini saya menjalankan perniagaan ini sepenuh masa. Dulu saya sangkakan buat hantaran sendiri lebih jimat, tetapi sebenarnya kemampuan emosi, fizikal & perasaan kita sebagai bakal pengantin bercelaru jadi ramai bakal pengantin membuat perkara2 yang sebenarnya dia tidak perlu.

Sama jugalah kes kakak saya, sepanjang persiapan perkahwinan dia asyik menangis saja...he3. Sebab rasa stress, sensitif dan penat buatkan bakal pengantin cepat beremosi. Waduh! Begitu jugak adik saya...

Bakal pengantin sebenarnya tidak perlu melakukan semuanya persiapan. Mereka hanya perlu mengetahui konsep, perkara yang penting, flow & budget yang perlu. Lebih baik bakal pengantin bersedia fizikal & mental untuk persiapan menjelang sambutan kenduri & seterusnya.

Jadi saya disini juga menyediakan perkhidmatan Gubahan Hantaran Perkahwinan untuk bakal-bakal pengantin bagi meringankan kerja & stress. Segala konsep, warna pilihan & budget bakal pengantin boleh berunding. Insyaallah saya sedia menerima idea-idea bernas daripada semua. Yang berminat boleh hubungi Elly 0122373556 untuk temujanji...


Hai semua...,
Ni projek terbaru yang baru selesai dijalankan. Gubahan hantaran pertunangan adik Siti Nur Islam (sedap nama dia...). Siti memilih untuk konsep English Garden dengan menggunakan warna Pink & Hijau. Memang sweet la, kerana menggunakan banyak roses... Gubahan yang elly buat ni biar jangan nampak terlalu sarat mahupun terlalu simple. Just nice, to see & to hold... Apapun semua terpulang pada budget & konsep yang diinginkan... Jangan segan bertanya, segan bertanya sesat jalan! Selamat Menjamu Mata....






RENUNG-RENUNGKAN

3 cara untuk mengelak rasa malas

#1 Buang perkataan malas dengan pantas – malas berlaku bila kita berseorangan. Jadi, pertama buang perkataan malas ganti dengan pantas dan anggaplah ada yang memerhati.

#2 Guna otak kanan iaitu otak kreatif – selalu mengubah perjalanan (approach) hidup hari demi hari. Namun, hasrat, target, sasaran, kehendak, kemahuan, azam dan cita-cita tetap sama.

#3 Beri stamina kepada diri sendiri – orang jadi malas sebab dia tidak bertenaga, tidak ada hasrat, target, sasaran, kehendak, kemahuan, azam dan cita-cita.

Renungan “ Perubahan yang paling baik ialah perubahan yang berlaku dari dalam sebab itu kekal, perubahan yang paling buruk ialah perubahan luaran sebab itu hanya lakonan”.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails