PENGUMUMAN!!!

PENGUMUMAN!
PENGUMUMAN!
PENGUMUMAN!

SEGALA PERTANYAAN SILA WHATSAPP KE NOMBOR BAHARU 011-26260943.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Wednesday, June 30, 2010

Brownies Doorgift & Wedding Cake 3 tier Siti Nur Islam- Seremban

Wah! Ni tempahan sekaligus Brownies 1,000pcs utk doorgift + wed cake & cupcake 3 tier/tingkat pilihan Siti Nur Islam. Siti ni dah kira regular customer la... Siti pilih Choc Moist utk wed cake cupcake & Brownies ngan love shape utk doorgift. So memerah keringat le Elly & d team merialisasikan impian Siti pd hari bahagianya. Terima kasih pd ibu tercinta, lovely Amirah kerana membantu menyiapkan tempahan ini...Happy viewing!
1,000pcs Brownies in Transparent Gold Box as Doorgift.

Memang sj je letak topper ni sorok sikit... he3

Spray air sikit kasi minum fresh flower he3... Final touch-up.


Inilah dia Wed Cake & Cupcake 3 tier ngan Fresh Flower..
Terima kasih Siti serta family kerana sukakan hasil kerja tangan Elly... & Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin...

Deep Choc Strawbery Birthday Cake For Danish

Hi all, ni birthday cake Deep Choc Strawbery utk Danish daripada mama tercinta kak Zuriza from Holiday Villa skang namanya dah tukar apa ye...??? aaa xingatlah pulak. Kalau x silap Villa Resident, kalau silap oppss sory. So DCS ni memang le menjadi 'HOT ITEM' slalu menjadi tempahan para customer Elly. So bisthday cake ni skali dgn football team player on top sesuai le dgn musim World Cup ni... So mcm biase happy viewing & happy eating! To kak Zuriza thnx for ordering...

Tuesday, June 22, 2010

CHOC MOIST & CHOC GANACHE CUPCAKE - ASFARINA EQUINE

Tempahan ini di buat oleh Asfarina dri Pinggiran Putra, Equine Park untuk anak2 makan2... Lama dah buat ni tp baru skang sempat nak upload dlm blog... Tempahan ni kali yg ke2 oleh Asfarina yg sebelum ni tempah  BLCC. Katanya xkisah design macamana... So Elly wat roses choc ganache & ade ladybird & satu lagi Elly letak gula2 telor diatas choc ganache berserta hirisan chocolate... happy viewing...

Monday, June 21, 2010

CUPCAKE MOTHERS DAY UNTUK IBU- FADZILAH SG BESI

Lepas balik dr Beijing terus je sambung bua tempahan ini oleh Fadzillah dr Sg. Besi... Tempahan ini istimewa utk ibu Fadzillah sempena Hari Ibu, baiknye anak dara ni kan... tentu sj ibunya sgt gembira dgn sambutan ini. Seperti mana yg Fadzillah pesan ibunya sukakan warna hijau... So elly xnak la warna hijau semata,mestila ada matching colour dgn hijau supaya tambah naik seri cupcake ni... Untuk ibunya yg tersayang untuk tatapan semua... :) Cupake choc moist & buttercream....



Sms reward frm Fadzilah for sharing...

Zana Kg Pandan - KEK HANTARAN & DOORGIFT MUFFIN

Tempahan ini di buat oleh Zana dr Kg Pandan untukMajlis Perkahwinannya... Zana menempah 2 biji Deep Choc Strawbery - 1 untuk di makan dgn family & 1 lagi untuk dijadika sbg hantaran perkahwinan. & untuk doorgift tetamu Zana memilih 400pcs Muffin pack in Floral Transparent Plastic ( 200pcs Choc Chip & 200pcs Vanilla Nut). Untuk tatapan semua....
untuk di makan bersama family...

untuk hantaran with writing " 2 lives, 2 heart, united in 1 love..."

Muffin in transparent floral plastic.

Thanx Zana for ur oder... :)

Sunday, June 20, 2010

Doorgift & hantaran kek pertunangan Su- Port Klang

Waaaaa.... Lama sungguh Elly x update blog agaknye adela lebih 1bln kan???....  itulah memandangkan belum ada lagi fulltime admin yg boleh tolong mengupdatekan blog ni so,... makan masa la sikit. Jgn marah ye semua follower 'i luv u la'... He3, terima kasih la kpd customer Elly, Fidah dr puchong sbb mengingatkan Elly untuk updatekan blog... dia tanya kenapa dah lama x update blog... hu3.

Oklah, so oleh sbb byk projek yg perlu di updatekan, so Elly akan updatekan beberapa yg sempat untuk kali ini buat tatapan semua... Ini adalah projek untuk Kek Hantaran & Doorgift Buttercream Cupcake untuk Majlis Prtunangan Su dr POrt Klang. Yg ini meruakan tempahan kali kedua Su, Su ni orgnya sweet & sopan santun... Bagus sgtla buat menantu he3...


Ini Kek Choc Moist & Buttercream 1.5kg untuk djadikan hantaran bg pihak perempuan ke lelaki. Tema yg Su pilih warna turquoise so Elly mix ngan warna pink utk serikan kek ni lagi...

150 pcs Chocolate Cupcake Buttercream di dalam transparent box deco.
&&&&
50pcs Oreo Cheese Cream Cupcake untuk jamuan masa makan.
(sory... gambar lupa plak nak snap he3...)


& sms reward from Su...

Thanx Su for ordering... semoga cepat2 naik pelamin. :)

Tuesday, April 27, 2010

EDIBLE CAKE & TART FOR SYAZ - KELANA JAYA

Hai all, memang lama bebeno x update blog & entry ni bukanlah baru tapi dah hampir 1 bulan lamanye.... (ngeeee.. ;p). Maklumlahbelum ade admin lg.... Tempahan edible utk birthday cake & tart jamuan makan2 bersama2 family di tempah oleh Syaz dr Klana Jaya untuk celebrate anak buah dgn makcik kpd anak buahnye tu.... (camne tu??) so view jela....
Chocolate Moist Buttercream with Edible

Egg tart & fruit Tart.....

Saturday, April 3, 2010

NAK DOORGIFT??? MEH TENGOK DOORGIFT!!! DOORGIFT!!!

Hi all.... :). Sekarang memang trend majlis perkahwinan yang menyediakan doorgift yang menarik untuk diberikan kepada tetamu. Yelah... untuk kepuasan tuan rumah & juga tetamu yang hadir. Pastinya majlis anda akan bertambah berseri & ceria dgn doorgift yang menarik & lain dr yang lain. Tetapi semuanya bergantung kepada budget anda juga! Biarlah doorgift anda itu simple tetapi meninggalkan memori selamanya. Yang pasti lebih mudah kalau anda menempah saja doorgift majlis anda daripada menambahkan penat untuk menyediakannya sendiri. Semuanya telah tersedia kan senang?.... Kali ini untuk memudahkan para viewer & follower, Elly & Nurgift nak memperkenalkan Variety Of Dorgift untuk majlis2 perkahwinan/ kesyukuran/ harijadi/ jamuan makan/ mesyuarat ehem2... he3. Semuanya sesuai untuk di makan... Semuanya mengikut budget anda yang sesuai..

"A GIFT FOR LOVE"

CHOCOLATE FUDGE IN GOLD SQUARE TRANS BOX
(1.8INC X 1.8INC)

 
CHOCOLATE BROWNIES IN GOLD SQUARE TRANS BOX
(1.8INC X 1.8INC)


 
SUGAR COOKIES PACK IN PLASTIC


  
BUTTERCREAM CUPCAKE IN TRANSPARENT CYLINDER


DADIH / FRUIT CUSTARD PUDDING IN TRASNPARENT CASE


MUFFIN/ PLAIN CUPCAKE IN FLORAL TRANSPARENT PLASTIC


STRAWBERY FRUIT CHOC MOIST CUPCAKE IN DOME TRANSPARENT



PLAIN CUPCAKE IN DOME TRANSPARENT



BUTTERCREAM CUPCAKE IN PRINTED BOX WINDOW



BUTTERCREAM CUPCAKE IN DOME TRANSPARENT
(SPECIAL DESIGN)


***PROMOSI/ PROMOSI/ PROMOSI***

BUTTERCREAM SPONGE CUPCAKE SIZE M/ L (SIMPLE DESIGN- SWIRL)
1,000pcs = M cup RM1.30 / L cup RM1.50
_________________________________________________________________________________

Pesanan dari pihak penaja :-
* Harga berbeza mengikut jenis doorgift, material bekas & kuantiti tempahan.
* Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi ELLY 0122373556 atau email ke nurgift4u@ahoo.com

Friday, April 2, 2010

STRAWBERY FRUIT CHOC GANACHE & CREAM CHOCOLATE MOIST CUPCAKE RINI FOR MARNI...

Hi all! Tempahan ini dibuat oleh Rini untuk Marni kawannya. Rini pernah oder dgn Elly sebelum ni yg tempah 4 set of cake tu... So kali ni ade special request untuk tulis note di atas love shape chocolate khas buat Marni. Thanx sweet Rini... :)

 
 

Thursday, March 25, 2010

BAKE LEMON CHEESE CAKE (BLCC) - ASFARINA & SITI NUR ISLAM

Semenjak BLCC di perkenalkan kepada anda semua memang mendpat sambtan hangat. Bake Lemon ni memang x memuakkan x macam cheese cake yang lain yang chewy & lembap sangat.... Tempahan ini di buat oleh Asfarina -Equine & Siti Nur Islam (pernah oder utk birthday Tino) untuk makan bersame2 family. BLCC ni ade 3 layer- Bawah sekali di lapisi dgn digestive bicuits, secod layer mix fruit & akhir skali adunan cheesenye. So semua mesti heran kat mane Lemonnye? Mestilah di dalam adunan.... mix fruit pulak utk bg different flavour sweet to combine dgn masam lemon. Sape2 berminat blhla cube....oder! :)

BIRTHDAY CAKE DANIEL 5 YEAR - KAK ELLY MAKEUP

Haa, tempahan ini pula oleh kak Elly yg Elly kenal mase g class makeup Eyrarizal. Kak Elly ni memang best & sempoi. Yang ini dia tempah untuk birthday celebration anak kesayangan Daniel yg ke-5. So, Deep Choc Strawbery Cake jadi pilihan tapi nak ade cartoon / someting on top la kasi special sikit utk birthday boy. Deep Choc ni memang sedap (he3 puji sendirila pulak...) sebab kek layer atas & bawah berbeza &&& layer tgh2 tu ade slice strawbery with choclate buttercream yummy.... Happy viewing from me with love! here the link for reference http://nosasrambling.blogspot.com/2010/03/afldin-daniel-birthday-party-ge-mall.html


Sms dari kak elly, thnx sis oder lagi ek.... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails